Kami memahami anda mempunyai berbagai persoalan, berikut adalah sedikit FAQ (Frequently Asked Question) untuk membantu anda.
1. Dimanakah lokasi kami beroperasi?
- Kami beroperasi di alamat 21-G, Jalan Bidara 6/2, Saujana Utama, 47000 Sg Buloh, Selangor sejak tahun 2019.
2. Bagaimana untuk dapatkan harga combo?
- Add to cart 4 helai tudung dan harga diskaun akan diberikan secara automatik
3. Berapa lama tempoh untuk tempahan sampai?
- Tempoh penghantaran adalah bergantung kepada faktor operasi pihak kurier kami (Ninja Van). Biasanya akan mengambil masa 1-3 hari untuk Malaysia dan 7-10 hari untuk Singapore.
4. Cash On Delivery (COD)
- Kami menyediakan perkhidmatan COD untuk tempahan beralamat di Semenanjung Malaysia sahaja. Anda hanya perlu pilih option COD sewaktu checkout.
5. Untuk pelanggan dari Singapore
- Kami menyediakan penghantaran ke Singapore menggunakan Ninja Van. Anda hanya perlu masukkan alamat lengkap Singapore sewaktu proses checkout. Pembayaran untuk pelanggan Singapore hanya melalui Stripe (Kad Kredit) sahaja.
6. Bagaimana untuk mendapatkan No Tracking selepas tempahan berjaya?
- Anda akan menerima email yang mengandungi No Tracking tempahan anda apabila tempahan anda siap dibungkus dan diproses.
7. Tempahan saya tidak berjaya, gagal di bahagian pembayaran.
- Anda boleh cuba refresh browser anda untuk mencuba sekali lagi atau boleh menghubungi pegawai perkhidmatan pelanggan kami menerusi whatsapp atau email untuk bantuan.
8. Saya tersilap mengisi details tempahan (Nama, Alamat, No Telefon)
- Segera menghubungi kami menerusi whatsapp untuk membuat pembetulan sebelum kami memproses tempahan anda.
9. Bagaimana untuk menghubungi Pegawai Perkhidmatan Pelanggan (Customer Service)
- Menerusi email eusoffeashoppe@gmail.com atau melalui Whatsapp 013-538 9080. Waktu operasi kami adalah dari 9.00 pagi hingga 6.00 petang, Isnin - Jumaat, kecuali cuti umum.